Tuesday, December 14, 2010

message dari ayah

message dari ayah:

Didalam beberapa hari ini ayah selalu saja bimbangkan keselamatan anak-anak ayah terutama yang duduk bersendirian dan jauh daripada pengawasan ayah. Ayah tahu anak-anak ayah sudah besar dan pandai menjaga diri masing-masing tetapi ayah tetap bimbang tentang perkara-perkara yang ayah sendiri tidak tahu. Barangkali soal makan minum dan tempat tinggal dapat diuruskan dengan baiknya, bagaimana pula tentang pergaulan dan pengurusan kewangan? Disini ayah berharap supaya anak-anak ayah jangan tinggal sembahyang dan sembahyang pada waktunya (jangan tangguh-tangguh). Insyaallah jika ini dipatuhi masaalah kewangan dan pergaulan dapat diatasi. Allah sayang dan selesa kepada orang yang menjaga sembahyang. Perkara-perkara buruk tidak dapat menghampiri kita. Perkara kedua yang hendak ayah katakan ialah berterus teranglah dengan ayah dan emak,jangan sembunyi-sembunyi sesuatu, jika ada masaalah kita bincang,jangan tanya kawan-kawan saja,anak ayah kan ada emak dan ayah lagi. Anak ayah cuma TIGA sahaja. Perkara-perkara buruk boleh masuk didalam badan kita bilamana kita tidak menjaga pakaian,asalkan muat kita pakai saja,asal pada fikiran kita sesuai kita pakai saja.Ingatlah, hari-hari ayah selalu kata, apa saja yang anak-anak ayah buat dan lakukan jika baik ayah dapat pahala dan jika jahat ayah dapat dosa. Ingat ini: emak kita dipanggil ustazah, ayah pengerusi taman. Sama-samalah kita jaga."Jaga hati mu, Jaga hati ku" ,ayah mu.


No comments:

popular post